Syarat Am Kemasukan | 1. Warganegara Malaysia
2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara *
3. Mempunyai 1 Kepujian dalam mana-mana matapelajaran SPM
* Bermula SPM 2013, syarat LULUS SPM ialah lulus matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
|
Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS
Program ini direka bentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi komputer dan rangkaian yang terkini. Pelajar akan memperolehi pengalaman bagaimana untuk menyediakan dan menyelenggara sistem komputer dan rangkaian. Pelajar berkemampuan untuk menguruskan projek berkenaan dengan komputer dan rangkaian. Program ini menawarkan modul Computer Architecture and Assembly, Database Fundamentals, Problem Solving and Program Design, Application Software, Electric and Electronic Fundamentals, Network and Communication Fundamentals, Operating System, Digital Entrepeneurship , Programming Fundamentals, Network Technology, Computer Repair and Maintenance, Server Administration, Network Administration, Computer Network and Security, Mobile Application and Technology, Bahasa Kebangsaan A, Discrete Mathematics 1, Discrete Mathematics 2, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Communicative English, Workplace English dan Pengajian Malaysia.
Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang Sistem Komputer dan Rangkaian.
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang rangkaian komputer yang mana boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang industri ICT. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Sistem Komputer dan Rangkaian, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:
Juruteknik Komputer
Juruteknik Rangkaian
Pembantu Teknikal
Pembantu Khidmat Pelanggan (Help Desk)
Usahawan dalam bidang ICT