Program Teknologi Maklumat adalah program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali dalam bidang Teknologi Maklumat. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan :

  • Perisian aplikasi, pemasangan komputer, asas pengaturcaraan dan etika digital dan keselamatan sosial.
  • Pangkalan data, rangkaian komputer, asas multimedia, pembangunan reka bentuk laman web dan pengenalan analisis dan rekabentuk sistem.
  • Pembangunan aplikasi mudah alih, internet of things (IOT), pengaturcaraan berorientasikan objek dan projek pelajar

Tempoh Pengajian

2 tahun = 4 semester (6 bulan akan menjalani latihan industri)

Syarat Am Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

Peluang Kerjaya

  • Juruteknik Komputer
  • Pembantu Pengaturcara
  • Usahawan Teknologi Maklumat
  • Pentadbir IT
  • Pembangun Laman Web

Diiktiraf MQA

Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian/Sijil Sistem Komputer dan Sokongan/Certificate in Computer System and Network (Formerly known as Certificate in Computer System and Support)(MQA/FA7436)