Program ini direka bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Melalui program ini, pelajar akan memperolehi pengalaman dalam melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan industri pelancongan. Antara kandungan pengajian yang diperkenalkan dalam program ini ialah seperti Asas Pelancongan Malaysia, Pengenalan kepada Industri Pelancongan dan Hospitaliti, Interpretasi Pelancongan, Pertolongan Cemas, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Pemasaran Pelancongan, Rekreasi Pelancongan, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Tempahan dan Tiketan, Geografi Pelancongan, Operasi Acara, Pembangunan Profesional dan Pengurusan Acara Sosial. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan kursus am dimana pelajar akan dibekalkan dengan kemahiran keusahawanan. Di samping tugasan dan ujian, pelajar juga akan dinilai melalui amali dan juga praktikal bagi membolehkan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara berkesan. Program sijil ini ditawarkan selama empat (4) semester termasuk latihan industri pada semester akhir bertujuan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pelajar sebagai persediaan untuk memasuki pasaran kerja. Lulusan program ini akan bersedia menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang pelancongan.

Tempoh Pengajian

2 tahun = 4 semester (6 bulan akan menjalani latihan industri)

Syarat Am Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

Peluang Kerjaya

  • Kerani Tempahan dan Tiketan
  • Kerani Inbound/ Outbound
  • Pembantu Jurulatih Rekreasi
  • Ketua Rombongan
  • Front Liner
  • On-Site Guide

Diiktiraf MQA

Sijil Pengembaraan Pelancongan / Sijil Pelancongan dan Pengembaraan / Certificate in Travelling and Tourism (MQA/FA7435)