Sijil Teknologi Maklumat

Program Teknologi Maklumat merupakan program yang memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran, bukan sahaja secara teori tetapi juga secara praktikal, bagi memastikan pemahaman yang mendalam mengenai bidang Teknologi Maklumat.

Program ini bertujuan melahirkan pelajar yang berpotensi untuk menyesuaikan penggunaan teknologi dalam sistem komputer dan teknologi rangkaian, bagi menghadapi cabaran baharu dalam bidang teknologi maklumat yang sejajar dengan keperluan negara.

Selain itu, program ini juga mensyaratkan pelajar menjalani Latihan Industri untuk memberikan pendedahan kepada persekitaran kerja sebenar, serta membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Di akhir program ini, pelajar diharapkan memiliki pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk mengendalikan tugasan berkaitan Teknologi Maklumat, berdasarkan kursus yang telah mereka pelajari.

Kursus Teknikal:

Teras Umum:

  • Matematik Asas
  • Asas Pangkalan Data
  • Asas Pengaturcaraan
  • Seni Bina Komputer
  • Sistem Pengoperasian
  • Analisis dan Rekabentuk Sistem
  • Rangkaian dan Komunikasi Data
  • Keselamatan Siber

Laluan Penumpuan Teknologi Maklumat & Sistem Komputer:

  • Perisian Aplikasi
  • Pembangunan Web
  • Pengaturcaraan Berorientasikan Objek
  • Multimedia Digital
  • Aplikasi Mudah Alih
  • Pengenalan kepada Internet Pelbagai Benda (IoT)
  • Projek
  • Asas Elektrik dan Elektronik
  • Teknologi Rangkaian
  • Pentadbiran Pelayan
  • Pentadbiran Rangkaian
  • Pembaikan dan Penyelenggaraan Komputer
  • Aplikasi & Teknologi Mudah Alih

Kursus Kemahiran Insaniah / Soft Skills Courses:

  • Pendidikan Islam / Moral
  • Communicative English
  • Keusahawanan
  • Workplace English
  • Pengajian Malaysia

Latihan Industri

  • Juruteknik Komputer / Computer Technician
  • Pembantu Pengaturcara / Programmer Assistant
  • Usahawan Teknologi Maklumat / Information Technology Entrepreneur
  • Pentadbir IT / IT Administrator
  • Pembangun Laman Web / Website Developer
  • Sokongan Projek IT / IT Project Support
  • Sokongan Meja Bantuan / Helpdesk Support
  • Juruteknik Perkhidmatan IT / IT Service Technician

Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Teknologi Maklumat boleh memohon ke program diploma berikut:

  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
  • Diploma Teknologi Maklumat
  • Diploma Rekabentuk Grafik
  • Diploma Teknologi Media Cetak (WBL)
  • Diploma Teknologi Kreatif Digital Seni (WBL)
  • Diploma Teknologi Kreatif Digital Produksi Video (WBL)
  • Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi (WBL)
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  • Lulus Matematik
  • Mendapat sekurang-kurangnya satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali