🎓 Kolej Komuniti Hulu Selangor

Di bawah pengurusan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.


Kolej Komuniti Hulu Selangor merupakan salah satu Kolej Komuniti yang terdapat di Malaysia. Kolej Komuniti ialah sebahagian daripada sistem pendidikan tinggi negara yang berada di bawah pengurusan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan memorandum No. 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan mengenai konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan Parlimen.