Maklumat Umum PSH

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) atau Kursus Pendek di Kolej Komuniti terbuka kepada semua warga Malaysia tanpa mengira batasan umur sebagai hab pembelajaran sepanjang hayat. Program ini memberi latihan kemahiran berdasarkan permintaan industri dan keperluan semasa. Kursus yang ditawarkan direka bentuk untuk mengemaskini pengetahuan serta membina kemahiran dalam penggunaan teknologi media baharu supaya kekal relevan dengan industri yang terus bergerak ke hadapan.

Terdapat 22 kluster kemahiran yang disediakan di 105 Kolej Komuniti di seluruh Malaysia. Kursus PSH dijalankan mengikut permintaan komuniti setempat, pada setiap masa, dengan yuran serendah RM1.00 setiap jam (tidak termasuk bahan).

  • Menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan.
  • Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula tenaga kerja setempat.
  • Menyediakan rangkaian strategik bagi pengukuhan aktiviti sosio-ekonomi pelanggan setempat dan pemegang taruh.
  • Menyediakan kemudahan serta perkhidmatan berpusatkan komuniti.

Terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk:

  • Pelajar sekolah menengah / institusi pengajian tinggi
  • Lepasan sekolah
  • Pekerja industri
  • Profesional, eksekutif & pengurus
  • Kakitangan kerajaan
  • Warga emas & suri rumah
  • OKU (Orang Kurang Upaya)
  • Ahli NGO, pelajar tahfiz & sekolah pondok
  • Individu lain yang berminat

🪪 Syarat Permohonan: Warganegara Malaysia

💰 Yuran: Serendah RM1.00 sejam (tidak termasuk bahan)

🏫 Kursus dijalankan mengikut permintaan komuniti setempat di 105 Kolej Komuniti seluruh Malaysia dalam 22 kluster kemahiran.