Politeknik dan Kolej Komuniti berhasrat menjadi peneraju institusi TVET yang unggul bagi melahirkan modal insan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Berdasarkan keperluan masa kini, ENAM (6) teras strategik telah dibangunkan dan setiap satunya memfokuskan kepada aspek-aspek yang telah dikenal pasti sebagai elemen penting dalam konteks Pendidikan Tinggi Negara. Teras strategik merupakan asas kepada perancangan pelaksanaan yang diterjemahkan berdasarkan visi, misi dan hala tuju organisasi. Ia berperanan untuk mengemudi Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti bagi mencapai matlamat yang dihasratkan.
Menghasilkan graduan TVET berkualiti.
Memantapkan governan yang responsif dan mampan.
Memperkaya bakat.
Menerajui sistem pendidikan melalui TVET 4.0.
Memperkukuh kolaborasi industri dan komuniti.
Membudaya penyelidikan gunaan dan inovasi.
Alamat : No, 43-57, Jalan Kelah 2, Taman Perniagaan Kelah, 44300 Batang Kali, Selangor
Tel : 03-6057 1717/ 1719
Fax : 03-6057 1718
Hak Cipta Terpelihara @ 2024 | Kolej Komuniti Hulu Selangor