Maklumat Umum PSH

Pembelajaran Sepanjang Hayat atau Kursus Pendek di Kolej Komuniti terbuka kepada semua warga Malaysia tanpa mengira batasan umur sebagai hab Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam memberi latihan kemahiran berdasarkan permintaan industri dan keperluan semasa. Kursus yang ditawarkan di reka bentuk bagi mengemaskini pengetahuan dan membina kemahiran dalam penggunaan teknologi media baru dan kekal relevan seiring dengan industri yang bergerak ke hadapan kepada komuniti setempat Terdapat 22 kluster kemahiran yang disediakan 105 kolej komuniti di seluruh Malaysia. Kursus PSH dijalankan mengikut permintaan komuniti setempat, pada setiap masa dan yuran yang dikenakan adalah serendah RM1.00 setiap jam (tidak termasuk bahan).