PENGURUSAN PSIKOLOGI

Melahirkan graduan TVET berkualiti dalam aspek psikologi

Menyediakan perkhidmatan pengurusan psikologi berdasarkan Aplikasi Psikologi dalam Pembangunan, Penilaian, Penyelidikan dan Intervensi.

Dalam usaha untuk mencapai visi dan misi, pengurusan psikologi perlu menerapkan nilai-nilai berikut:
 
  • Profesionalisme : Menekankan pembangunan dan pembelajaran berterusan demi meningkatkan ilmu, kemahiran dan perkhidmatan dengan penuh iltizam
  • Integriti & Akauntabiliti : Menghayati, mengamalkan dan mewujudkan etika dan nilai kerja yang positif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
  • Kejujuran intelektual : Mengamalkan sikap beramanah kepada ilmu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
  • Neutraliti : Bersikap adil serta tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak menggunakan pengaruh atau tekanan terhadap klien
  • Kecergasan Fizikal : Sentiasa memastikan kecergasan dan kesihatan berada pada tahap yang baik untuk penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan
  • Bekerjasama & Berbudi Bahasa : Mengamalkan sikap tawadduk, bantu-membantu serta membudayakan budi bahasa dalam perkhidmatan
  • Displin, Pengurusan Masa & Diri : Mengamalkan budaya ketepatan dan menghargai masa, mematuhi peraturan dan etika profesional dalam memberikan perkhidmatan yang berkesan
  • Kreativiti & Inovasi : Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyampaikan perkhidmatan yang bersesuaian dengan profesion
  • Kepimpinan : Berusaha untuk menerapkan sifat-sifat kepimpinan
1. Memantapkan sistem pengurusan psikologi berteraskan amalan terbaik
2. Melahirkan graduan TVET berkualiti (aspek psikologi) berdaya saing dan berusaha untuk terus maju dalam pasaran global
3. Memperkasakan pelajar dengan penguasaan kemahiran insaniah
 

Penyampaian perkhidmatan psikologi yang terbaik serta inklusif kepada pemegang taruh berkepentingan (personel/ pelajar) yang sejahtera sejahtera dan cemerlang daripada segenap aspek tingkah laku, mental dan emosi. 

Sila klik ke pautan Google Site Psycedge