Smart Green

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Lestari.

 

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kita di Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS) terus melangkah maju dalam memperkukuhkan tanggungjawab kita bukan sahaja sebagai institusi pendidikan, tetapi juga sebagai peneraju dalam usaha pembangunan lestari dan penjagaan alam sekitar.

 

Seiring dengan hasrat dan hala tuju Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia melalui inisiatif Smart Green PolyCC, kita di KKHS juga mengambil pendekatan proaktif untuk melaksanakan Smart Green KKHS, satu platform yang mengintegrasikan amalan hijau dalam pengurusan, pembelajaran dan kehidupan seharian di kampus.

 

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelaras Smart Green KKHS, jawatankuasa pelaksana, serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan idea dalam menjayakan usaha ini. Sokongan dan kolaborasi daripada rakan industri, agensi luar, dan masyarakat setempat juga amat dihargai.

Saya percaya, dengan semangat kebersamaan dan rasa tanggungjawab, KKHS mampu menjadi kampus komuniti yang hijau, mampan dan dihormati – bukan hanya di peringkat negeri, tetapi juga kebangsaan.

Akhir kata, saya menyeru semua untuk terus menyokong dan merealisasikan aspirasi Smart Green KKHS. Jadikan setiap langkah dan tindakan kita sebagai pelaburan untuk masa depan bumi yang lebih sihat dan lestari.

Sekian,

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Smart Green.

  • Maklumat akan dilengkapkan kemudian –
  • Maklumat akan dilengkapkan kemudian –
  • Maklumat akan dilengkapkan kemudian –

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Terma Rujukan JK Pelaksana SmartGreen PolyCC di Peringkat
Institusi Politeknik dan Kolej Komuniti

 
  1. Melantik Jawatankuasa Pelaksana di peringkat institusi.

  2. Melaksana pembangunan projek dan program mampan.

  3. Membuat keputusan atas cadangan projek dan program
    mampan yang dikemukakan oleh JK SmartGreen PolyCC.

  4. Memastikan projek, program dan aktiviti yang dirancang
    selari dengan rangka kerja yang dibangunkan.

  5. Melaporkan perkembangan pembangunan program
    pembangunan mampan kepada JK Penyelaras.

  6. Memastikan perlaksanaan, pembangunan projek, dan
    pengurusan mampan di institusi berjalan lancar.

  7. Mengaplikasi perkongsian pintar dalam agenda mampan
    di institusi bersama pihak industri.